Maruah Islam Semakin Dimartabat atau Sebaliknya?

|

Assalamualaikum

Ketika ini,negara kita pesat membangun dan mempunyai rakyat berbilang kaum.Berbilang kaum bermaksud berbilang bangsa dan agama.Kebebasan beragama dibenarkan di negara kita bagi menjamin konsep berbilang kaum ini.Namun,kebebasan beragama ini telah disalaherti oleh sesetengah pihak/individu baik yang beragama Islam mahupun bukan.

Terdapat beberapa kes yang membabitkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita ini dalam kancah menularnya penyebaran agama lain terhadap seseorang yang beragama Islam.
Apakah yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan perkara ini dipandang sebelah mata?
Mengapa perkara ini terus menerus "menyerang" saudara muslim kita?Apakah Islam itu dipandang sebagai agama yang longgar dan tidak tegas dalam menangani isu-isu sebegini?

Hakikatnya kini,semakin ramai umat Islam bukan sahaja di negara kita,bahkan di negara lain juga tertipu dengan "dakwah" yang bukan Islam.Mengapa ini terjadi?Bukankah Islam itu agama yang suci dan murni.Sebagai seorang muslim,kita seharusnya taat kepada perintah Tuhan dan menjauhi larangannya.Hal ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim itu sendiri.Sekuat mana iman di hati sekuat itulah teguhnya Islam dalam dirinya.

Pihak kerajaan negeri dan persekutuan juga perlulah peka dalam mengambil tindakan yang tegas untuk membendung gejala penularan "wabak" yang semakin parah dalam Islam ini.
Apakah kita semua mahu melihat generasi Islam kini pergi ke tempat ibadah agama lain?Sujud kepada berhala?Apakah kita mahu membiarkan ini terus berlaku,saudara?

Justeru,tindakan tegas perlulah diambil.Tiada gunanya jika undang-undang itu hanya di atas kertas dan tidak dilaksanakan.Umat Islam kini perlu peka,cabaran datang dari segenap sudut.
Mantapkah kita untuk mengharunginya?Undang-undang perlu dilaksana separtimana ia tertulis dan termaktub di atas kertas.

Jangan biarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara kita menjadi bahan "permainan" dan gurauan bagi sesetengah pihak.Siapa lagi yang mahu membela nasib Islam jika bukan seorang muslim?

Semoga Islam kekal unggul dan bermaruah di segenap alam.Insya'Allah.